Skip to main content

AMBIL TAHU WALAU XDAPAT TERIMA..ITU LAH HAKIKAT SEBENAR

 Sejarah 23 tahun UMNO pujuk PAS membentuk perpaduan ummah. 

3 tahun sebelum PRU14, waktu paling tinggi peluang UMNO berjaya dalam usaha memujuk PAS untuk membentuk Muafakat Nasional. Itu usaha yang dilakukan DS Najib dan DS Zahid.

Tetapi hakikatnya UMNO telah berusaha mendekati PAS semenjak penggal pertama DSN menjadi PM Ke 6, iaitu sering mendekati PAS melalui perantaraan Allahyarham Haron Din sehingga ketika Allahyarham meninggal di luar negara DSN menawarkan pengangkutan membawa jenazah pulang tetapi keluarganya mahu kebumikan di tempat Allahyarham meninggal.

DSN juga berusaha melalui Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS, Ahli Majlis Syura PAS (2005-2011) tetapi beliau dipecat pada 2013 kerana terlampau rapat dengan UMNO.

Kerana PAS melihat kelibat Ustaz Nasharudin yang turut sama menyertai lawatan bersejarah PM6 DS Najib ke Semenanjung Gaza, Palestin dimanfaatkan sepenuhnya oleh pimpinan PAS untuk dijadikan alasan utama pemecatan tersebut.

Haji Hadi tidak melihat program lawatan Gaza sebagai manfaat kepada umat islam di Palestin sebaliknya melihat rapat dengan UMNO punca utama.

DSN juga berusaha melalui Datuk Hasan Ali juga dipecat pada 2012 yang kenyataan Haji Hadi ketika itu "Keputusan ini (pemecatan) dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS"

Itu dugaan bertahun-tahun UMNO mahu menjalinkan hubungan permuafakatan bersama PAS hingga ramai kepimpinan PAS dipecat kerana cuba menyahut seruan perpaduan ini dan di atas antaranya.

Tetapi menjelang himpunan solidariti Rohingya 2017, usaha itu mula menampakkan bibit-bibit awal untuk menjayakan misi ini.

Masih terngiang-ngiang di telinga aku ketika itu, yang mana semasa itu aku bekerja di bawah DS Ahmad Maslan, telah berpesan jangan menyerang PAS berkali-kali walaupun kita ketika itu dalam kempen PRU14.

Antara alasan DSAM, bangsa kita kita telah terlampau banyak berpecah-belah. Oleh itu jangan kita rosakkan usaha berpanjangan DSN dan DSZH.

Itu menampakkan kesungguhan kepimpinan UMNO mahu pemuafakatan UMNO PAS direalisasikan.

Namun setelah kalah PRU14 baru usaha itu berjaya. Baru Allah buka jalan memudahkan impian berpuluh-puluh tahun ini terlaksana.

Tetapi MN yang belum matang ketika itu, telah diuji dengan kehadiran PPBM yang menikam PH hingga tumbang setelah 22 bulan menjadi kerajaan. Kebetulan ketika PAS dan UMNO malah orang-orang melayu cukup marah kerajaan yang didominasi oleh DAP ketika itu.

Pada awalnya UMNO memujuk PAS selaku rakan dalam Muafakat Nasional jangan terima perlawanan Muhyiddin membentuk kerajaan setelah kejatuhan PH, sebaliknya memilih PRU15. 

Tetapi PAS memujuk UMNO bentuk kerajaan bersama Muhyiddin kerana alasan terlalu awal PRU15 dan berberapa alasan yang tidak diketahui umum.

Sebagai rakan MN, UMNO beralah dengan kehendak PAS tetapi siapa sangka dalam diam-diam PAS bukan sekadar menjalinkan kerjasama bentuk kerajaan tetapi diam-diam PAS bentuk parti pemuafakatan baru sebagai PN dan mendaftarkan PN secara tergesa-gesa tanpa pengetahuan UMNO.

Kerana kecenderungan Haji Hadi memilih Muhyiddin menyebabkan MN yang sentiasa dijadikan masalah untuk didaftarkan sebagai parti politik sebelum ini, mula ditinggalkan PAS sedikit demi sedikit.

Malah MN dipergunakan Muhyiddin  dan PAS untuk pecah belahkan perpaduan dalam UMNO dengan membiayai berberapa ajen Broker dalam UMNO sebagai pencetus kekacauan. 

Semakin lama MN ujud sehingga kerajaan PN tumbang kemudian zaman Pak Mail menjadi PM9, Semakin kuat fungsi MN bertukar menjadi flatform PN menghancurkan UMNO BN.

Sehingga Presiden UMNO dan Majlis Tertinggi UMNO tiada pilihan, terpaksa mendesak PM9 segerakan PRU15 walaupun tahu risiko PRU15 ketika kedudukan ekonomi negara makin goyah, tapi keputusan segera perlu dibuat kerana flatform MN bukan sekadar mahu merosakkan UMNO malah mensabotaj kerajaan PM9.

Kerana barisan menteri Miti, ekonomi malah Pengerusi MPN itu adalah PPBM yang diam-diam mensabotaj kerajaan demi menjatuhkan kredibiliti UMNO BN.

Akhirnya dengan kebijaksanaan Presiden UMNO berjaya memaksa Pak Mail bubar parlimen, malah menyingkirkan broker PN dari mendapat watikah PRU15.

Ini resiko besar Presiden UMNO perlu yakin MT UMNO untuk bertindak memilih PRU15. Tetapi demi survival UMNO jangka masa panjang biar bara digenggam dari menatap membelai bunga dipohon beracun.

Bila menjelang PRU15 bukan tiada usaha untuk menghidupkan MN tetapi apabila ada orang PAS yang benar bersungguh-sungguh mempertahankan MN dipecat iaitu Che Abdullah dan Khairuddin kemudian Nik Abduh menarik diri dari bertanding PRU15.

itulah penamat sebenar MN yang tidak boleh diteruskan lagi! Hingga setelah BN kalah PRU15  tetapi tiada siapa dapat bentuk kerajaan kecuali bermuafakat dengan UMNO BN. 

Maka UMNO berfikir Cukup-Cukuplah setakat itu dalam usaha bermuafakat dengan PAS. Kerana UMNO perlu fikir 2 kali sebelum bersama-sama dengan PAS lagi.

Usaha menolak PAS bermula dari Perak kerana BN Perak sudah 3 kali dikhianati PAS 

Pengalaman UMNO setiakawan PAS yang bertaraf kepimpinan ulamak.

Kita mula kisah di Perak lebai Pas main kan UMNO 3 kali. Iaitu zaman Nizar MB PAS khianati persetujuan dalam Rundingan dgn UMNO pilih DAP bentuk kerajaan , zaman Zamri  sudah Macam nak jadi sangat-sangat dah!  Depan mata saya Dr Zambry dah masuk kereta nak angkat sumpah MB. Tiba2 3 org PAS lari Join ngan Peja dan Peja jadi MB

Datang Zaman Ds Saarani pon tipu lagi, itu punca BN Perak paling serik dengan PAS. Belum kisah PAS dengan BN Selangor pun serupa juga. Ini mendorong BN Pahang ambil iktibar.

Ini sebabnya kerana UMNO BN perlu berhenti seketika menjalinkan hubungan bagi membentuk perpaduan UMMAH bersama PAS. Kerana Presiden PAS belum pernah bersedia untuk bersama UMNO, malah terlampau ramai orang berjiwa besar dalam PAS dipecat kerana rapat dengan UMNO tidak pernah ada sesiapa yang dipecat kerana rapat dengan PPBM.

Kecuali bila Nik Abduh ambil alih PAS mungkin ada sinar harapan baru menjalinkan perpaduan UMNO BN.

Untuk seketika ini biar UMNO menjalinkan perpaduan bersama PKR dan mengawal tindak tanduk DAP dengan bekerjasama bersama GPS.

Walaupun UMNO difitnah tidak mahu bersama ummah tapi sanggup bentuk kerajaan zina bersama DAP PKR GPS, tetapi kerana akhirnya keputusan yang paling penting dari apa-apa  matlamat adalah demi #KestabilanDanKemakmuran negara dahulu, adalah perkara paling pokok sebelum boleh menjalinkan perpaduan ummah.

Comments

Popular posts from this blog

MUHYIDDIN DAN RM600 BILLION

  Semalam bekas ketua setiausaha sulit Tan Sri Muhyiddin cuba back up boss dia berkenaan perbelanjaan RM600 billion semasa PKP dan darurat. Namun hujahnya ke laut, samar-samar, dan memilih-milih fakta yang dicerita dan disorok. Pertama, dia kata dia tidak tahu dari mana angka RM600 billion itu datang. Apa yang dia cuba sorok atau buat-buat tidak tahu ialah angka itu datang dari Muhyiddin sendiri ketika Muhyiddin adalah Perdana Menteri ke-8, Muhyiddin berucap di hadapan masyarakat Sikh Malaysia pada bulan April 2021 dan berkata kerajaan sudah tidak ada duit, dan kerajaan sudah belanja lebih RM600 billion untuk “pakej-pakej rangsangan”. Persoalannya, ke manakah duit RM600 billion ini pergi dan bagaimanakah ia dibelanjakan? Dan oleh kerana jumlah ini teramat besar, adakah perbelanjaannya itu telus dan tanpa ketirisan? Bekas ketua setiausaha Muhyiddin itu kata RM447 bilion adalah dalam bentuk non-fiskal, iaitu bukan perbelanjaan kerajaan. Dan dia menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan sep