Skip to main content

Posts

MUHYIDDIN DAN RM600 BILLION

  Semalam bekas ketua setiausaha sulit Tan Sri Muhyiddin cuba back up boss dia berkenaan perbelanjaan RM600 billion semasa PKP dan darurat. Namun hujahnya ke laut, samar-samar, dan memilih-milih fakta yang dicerita dan disorok. Pertama, dia kata dia tidak tahu dari mana angka RM600 billion itu datang. Apa yang dia cuba sorok atau buat-buat tidak tahu ialah angka itu datang dari Muhyiddin sendiri ketika Muhyiddin adalah Perdana Menteri ke-8, Muhyiddin berucap di hadapan masyarakat Sikh Malaysia pada bulan April 2021 dan berkata kerajaan sudah tidak ada duit, dan kerajaan sudah belanja lebih RM600 billion untuk “pakej-pakej rangsangan”. Persoalannya, ke manakah duit RM600 billion ini pergi dan bagaimanakah ia dibelanjakan? Dan oleh kerana jumlah ini teramat besar, adakah perbelanjaannya itu telus dan tanpa ketirisan? Bekas ketua setiausaha Muhyiddin itu kata RM447 bilion adalah dalam bentuk non-fiskal, iaitu bukan perbelanjaan kerajaan. Dan dia menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan sep
Recent posts

AMBIL TAHU WALAU XDAPAT TERIMA..ITU LAH HAKIKAT SEBENAR

 Sejarah 23 tahun UMNO pujuk PAS membentuk perpaduan ummah.  3 tahun sebelum PRU14, waktu paling tinggi peluang UMNO berjaya dalam usaha memujuk PAS untuk membentuk Muafakat Nasional. Itu usaha yang dilakukan DS Najib dan DS Zahid. Tetapi hakikatnya UMNO telah berusaha mendekati PAS semenjak penggal pertama DSN menjadi PM Ke 6, iaitu sering mendekati PAS melalui perantaraan Allahyarham Haron Din sehingga ketika Allahyarham meninggal di luar negara DSN menawarkan pengangkutan membawa jenazah pulang tetapi keluarganya mahu kebumikan di tempat Allahyarham meninggal. DSN juga berusaha melalui Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS, Ahli Majlis Syura PAS (2005-2011) tetapi beliau dipecat pada 2013 kerana terlampau rapat dengan UMNO. Kerana PAS melihat kelibat Ustaz Nasharudin yang turut sama menyertai lawatan bersejarah PM6 DS Najib ke Semenanjung Gaza, Palestin dimanfaatkan sepenuhnya oleh pimpinan PAS untuk dijadikan alasan utama pemecatan tersebut. Haji Hadi tidak melihat program lawat